Tasawuf Dalam Pandangan Imam Ghozali


Tasawwuf itu adalah “penyucian hati “ yang batiniah/ruhiyyah dari sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) sehingga zahirlah sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji) untuk mencapai martabat ihsan inilah tahaf mukmin yang muklis yang diredhai oleh Allah Azza wa Jalla.Firman Allah S.W.Taala :

قد افلح من تزكئ .و ذكراسم ربه فصلئ

” Telah Berjayalah orang yang menyucikan diri/jiwa yang banyak menyebut Allah (membesarkan keagungan Allah) dan mendirikan Solah” Surah AL-A’ala ayat 14-15.Daripada Umar R.Anhu beliau mendengar Rasullullah S.A.W. telah bersabda:

ان تعبد الله كأناك تراه ، فإ ن لم تكن تراه فإنه يراك

Beribadahlah  dengan melakukan ketaatan kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak sampai pada martabat ini  yakinlah Allah sedang memerhatikan kamu” Hadis Riwayat Muslim.

Tasawwuf juga adalah ittiba/taat Allah dan Rasul secara sempurna inilah matlamat yang hakiki.Firman Allah S.W.Taala:

يأيها الذين ءامنوااتقواالله وقولواقولاسديدا  ٧٠  يُصلح لكم اعملكم ويغفرلكم ذنوبكم ومن ّيطع الله  وراسوله فقدفازافوزاعظيما ٧١

” Wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah perkataan yang teguh yakni Laila ha Illallah nescaya Allah akan memperbaiki diri(hati/ruh) kamu dan amalan/zahiriah kamu dan Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kamu dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasulnya(Sallallahu alaihi wasallam) di dunia maka sesungguhnya dia telah pun mendapat kejayaan/kemenangan dengan kejayaan yang besar”

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin susunan Imam Al-Ghazali ada menukilkan kata-kata beliau iaitu” Bidayah wan nihayah suluk illallah at taubah”.Maksudnya permulaaan dan kesudahan jalan menuju Allah adalah dengan taubah.Jadi seseorang yang hendak menuju kepada Allah wajiblah bertaubat kepada Allah dan inilah tasawuf atau penyucian jiwa/ruhani.Manakala untuk mencapai darjat ihsan juga melalui taubat juga yakni puncak dalam menghampiri Allah S.W.Taala.

Taubat

Taubat adalah permulaan jalan seseorang untuk menuju yankni menghampiri seterusnya mendekati lalu ‘maeyatullah'( bersama ) dan seterusnya ‘fana’ wa ‘baqa’ maAllah.Sememangnya taubat adalah permulaan perjalanannya kerana bagaimana mungkin seorang hamba boleh makrifah tanpa taubat.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: